Family.Friend.Scientist
your journey through the secret life of plants.





Definisi Pelajar Tumbuhan: Ini Kata Admin
 
Sunday 13 September 2015 


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk tahun kedua menuntut ilmu di taman ilmu dan budi (Garden of Knowledge and Virtue), bumi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Kuantan. Sepanjang setahun bernaung dibawah naungan payung UIA ini banyak yang saya pelajari baik dari segi rohani, intelektual mahupun sosial. Ini lah kampus yang memberikan saya satu perasaan yang nyaman dan selamat.

Suasana kampus sangat tenang memandangkan kampus kuantan adalah yang terbesar antara universiti lain. Kurangnya, pada sudut fasiliti seperti kenderaan untuk riadah ke luar kampus, Ini derita yang pelajar tahun satu dan dua alami berbanding kampus Gombak yang serba ada dan lokasinya yang hampir dengan bandar.

Bercerita pengalaman sebagai seorang pelajar sains tumbuhan, jurusan ini telah banyak membuka mata saya dan mengubah sudut pandang saya terhadap jurusan yang berkait dengan tumbuhan. Kalau dulu, benda yang terlintas di fikiran saya hanya kerja-kerja di kebun, menjadi petani dan melakukan kerja-kerja kampung. Apabila menyelami dan menyusuri setiap liku-liku dan selok belok jurusan ini, sebenarnya ia sangat mengagumkan.

Peranan Saintis Bersifat "Mencari"
Suka untuk saya menggunakan perkataan 'mencari' selain 'mencipta'. Hal ini kerana saya percaya yang mampu mencipta itu hanya Allah. Kita sebagai manusia yang lemah hanya meneroka, menyelami dan merungkai misteri alam yang sebenarnya sedia ada di muka bumi ini.

Tumbuhan Sebagai Rantaian Makanan Pertama
Makhluk ciptaan Allah yang bergelar tumbuhan ini adalah sangat ajaib dan mengagumkan. Ia satu-satunya makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini yang mampu memproses makanan bukan sahaja untuk kegunaannya, malah untuk kelangsungan hidup haiwan dan manusia. Contoh paling dekat dengan budaya rakyat Malaysia khususnya, dan Asia amnya, adalah beras (berasal dari padi).

Organik Lebih Baik Dari Sentatik
Setiap yang diproses secara semula jadi itu adalah sangat baik dan sempurna berbanding dengan sentatik. Kem keampuan manusia itu terhad. Jadi, pengambilan makanan organik khususnya yang bersifat hijau adalah sangat berkhasiat selain mampu memberi tenaga yang banyak.

Hijau Itu Menenangkan
Pernah dengar satu kajian mengenai terapi minda, di mana kita acap kali dinasihatkan apabila mata berasa lesu dan penat maka pandang lah ke arah sesuatu bersifat hijau (pokok) kerana di situ terselit ketenangan,

Berikut sekadar pandangan kecil saya. Persoalan yang mungkin berlegar di minda pembaca adalah, "Apakah pekerjaan yang akan saya lakukan masa hadapan?" atau mungkin " Belajar plant nie ada masa depan ke?"

Tunggu.

Akan saya jawab. Di entry yang akan datang.

InshaaAllah.







XPDC2015 A Trip to Pangkor Island
 
Saturday 31 January 2015 

Bismillahirrahmanirrahim.....

On 12 January 2015, yakni hari Isnin, kami semua mengukir satu sejarah baru bersama-sama. Alhamdulillah, walaupun peserta xpdc kali ini tidak ramai, namun keseronokan dan pengalaman yang dirasai sangat bernilai. Secara keselurusannya, ekspidisi yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam nie banyak memberi pengajaran kepada para peserta. Sebelum itu, mari kita kenali Pulau Pangkor dengan lebih mendalam.

Asal usul nama Pulau Pangkor: Pang bermaksud tiang. Kor bermaksud patah.
Penduduk asal pulau: Terdiri daripada golongan Raja, dewi-dewi , pedagang asing dari siam berbangsa cina
Penjajah: Belanda
Sejarah unik: Perjanjian Pangkor 1874, tekstil songket yang cantik, pelbagai tinggalan artifak.
Istimewa di Pangkor: Produk berasaskan ikan dan makanan laut, Laksa Mee, Laksa Goreng.

PENGEMBARAAN HARI PERTAMA

12 January 2015, Isnin.

10.45 pm- Bertolak ke Lumut, Perak menaiki bas

13 January 2015, Selasa.

9.15 am  - Tiba di Lumut, Perak menaiki bot ke Jeti Pangkor
11.45 am- Tiba di Jeti Pangkor. Berjalan kaki ke Pasir Bogak (2.2km)
1.30 pm  - Tiba di Pasir Bogak. Mendirikan khemah. Solat.
5.00 pm  - Aktiviti pantai
8.00 pm  - Makan malam hasil air tangan peserta sendiri. Taklimat ringkas. Aktiviti bebas.
11.00 pm- Sentri. Tidur

PENGEMBARAAN HARI KEDUA

14 January 2015, Rabu.

6.00 am  - Solat. Senam pagi. Istiadat pagi. sarapan.
10.00 am- Aktiviti laut, keliling pulau menaiki bot ke tempat-tempat menarik. Snorkeling.
12.00 pm- Balik ke tapak perkhemahan. Aktiviti pantai
4.00 pm  - Kayak. Banana boat.
7. 00 pm - Solat. makan malam dan aktiviti bebas.
10.00 pm- campfire dibatalkan atas faktor cuaca (Hujan). Sentri. Tidur

PENGEMBARAAN HARI KETIGA

15 January 2015, Khamis.

6.00 am  - Solat. Sarapan pagi. Istiadat pagi. Taklimat untuk explorace.
10.20 am- Berbasikal ke 6 checkpoint.
4.30 pm  - Selesai explorace, kembali ke tapak perkhemahan. aktiviti bebas
7.00 pm  - Solat, makan malam. Campfire.
12.40 pm- Sentri. Tidur.

PENGEMBARAAN HARI KEEMPAT

16 January 2015, Jumaat.

6.00 am  - Solat. Senam pagi. Kemas khemah
9.30 am  - Mini gadget project (Tripod)
10.30 am- Rehat, kemas tapak perkhemahan.
12.00 pm- Istiadat pengakap. Penutup. Berjalan kaki ke Jeti Pangkor. Naik ferri ke Jeti Lumut. Pulang ke kuantan.

Menarik Sepanjang XPDC
























Laporan Pengembaraan 2015, Tamat




















Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.